Monday 1 April 2013

Nota Iskandar #6

"Sarah..Boleh Is tanya satu soalan?"

Iskandar duduk di atas rumput yang menghijau. Sungguh damai dia rasakan tatkala melihat rumput yang menghijau sejauh mata memandang. Tasik yang menghiasi taman ini membuatkan perasaan damai itu menerjah ke dalam hatinya. Tenangnya~.

"Tanyalah,jangan tanya berat badan Sarah sudahlah..haha" ketawa Iskandar meletus selepas mendengar jenaka Sarah.

"haha.. tak kan lah hendak tanya soalan macam tu. Cuma Is nak tanya tinggi Sarah je"

"Isssss... yang tu lagi jahat okay!!" Sarah melempar sejemput rumput yang di cabut dari tanah kepada Iskandar. Ilang sedikit seri rumput di taman.

Ketawa mereka akhirnya tidak dapat di bendung. kanak-kanak yang bermain di sekitar berhenti sekejap melihat gelagat mereka.

"Jangan tanya soalan macam tu!!Berat badan boleh kurang naik. Tetapi tinggi..sensitif tau!!"

"Ye ye..hehe..Is gurau je.  Sarah, Is nak tanya. Ini betul-betul punya soalan..hehe"

"Tanyalah Is" Sarah memberikan satu senyuman untuk Iskandar.

"Urm.. Bagi Sarah. Apa definasi cinta dari sudut pandang Sarah."

"Amboi soalan, sudah macam forum rasanye..haha"

"Bagi Sarah...urm.. Cinta adalah satu perasaan yang wujud dalam diri setiap insan. Cinta itu fitrah. Setiap insan ingin merasa di sayangi dan menyayangi. Itulah cinta. Tetapi perasaan itu hendaklah di selaraskan dengan tuntutan agama kita, iaitu Islam."

Iskandar tekun mendengar jawapan Sarah. Sarah sungguh pandai berkata-kata. Setiap patah katanya sentiasa memberi pengajaran dan pelajaran untuk dirinya. Kata-kata itulah yang menjadi motivasi untuk dirinya meneruskan hidup.

" Dalam Islam, hanya ada satu cara untuk menyelesaikan masalah Cinta. Iaitu melalui ikatan perkahwinan. Akad nikah akan membenarkan 2 perasaan sayang menyayangi antara 2 insan bersatu secara halal. Itulah Cinta bagi Sarah"

"Owh,tetapi jika perasaan itu wujud tetapi insan itu tidak mampu lagi berkahwin , macam mana Sarah?"

"Cintailah dia dalam diam. Percaya akan qada' dan qadar. Percaya akan janji Allah di dalam Al-Quran. Nescaya kita akan tenang menghadapi perasaan cinta yang wujud di dalam hati kita." lancar Sarah menjawab soalan Iskandar.

"Janji Allah di dalam Al-Quran?" tanya Iskandar dengan spontan. Apa janji Allah? bisik hati Iskandar.

"Dalam Al-Quran, Surah An-Nur Dia berfirman ;
Perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat. dan sebaliknya, perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik
Itulah janji dari Dia,Is."

"Jadi Is kena jadi lelaki yang baik lah untuk dapat perempuan yang baik?"

"Is kena jadi bodyguard yang baik juga!haha" tambah Sarah

"Hahaha, ye ye. Bodyguard untuk Tuan Puteri Sarah!"

"Tau pun yang kita nie tuan puteri. Jom hantarkan tuan puteri pulang. Hari sudah hendak senja" Sarah membuat nada klasik.

"Mari lah kita berangkat pulang." Iskandar membalas dengan bersahaja.

"Amboi,perli nampak" Sarah mencebik mukanya.

Tawa mereka meletus lagi! Itulah satu-satunya kebahagian Iskandar. Sarah lah peneman rindu kawan bergelak ketawa.

"Ya Is,Is kena jadi lelaki yang baik dan soleh" bisik hati Sarah



Friday 29 March 2013

Nota Iskandar 5#

"Is! mu dok gi kelas k?"
"Aku demam la. terkujur kaku nie ha..mu dok napok ke?" balas Iskandar. sengaja dia mengikut dielak asal sahabatnya, Zulkarnaim.
Zul berasal dari negeri terengganu. Walau sampai ke kota london hidupnya, dielek asal usulnya tetap di bawa kemana-mana.Zul bukan tidak boleh berubah,tetapi dia yang tidak mahu. Biarlah dirinya adalah dirinya.Walau dimana dia tercampak,dia tetap dirinya. Itulah yang membuatkan Iskandar amat kagum dengan diri Zul.

"Wok aku napok,bukan terkujur kaku. Tapi aku tengok,mu bukan main selere lagi bahang bubur nasi tu." Seloroh Zul. Beg galas nya di letakan di atas sofa kulit. Punggungnya mencecah sofa. Sedikit keluhan di lepaskan. Letih betul dengan kuliah hari ini!

Iskandar masih lagi dengan bubur nasinya. membiarkan sahaja kata-kata Zul.

"Sarah bagi k?"
Iskandar menganguk perlahan sambil tersengih-sengih. Walau tidak di bagitahu. Zul sudah tahu jawapanya. Siapa lagi yang mampu membuatkan Iskandar menjadi angau sampai macam itu. Dulu Zul ada menyimpan hati juga kepada Sarah. Siapa tidak terpikat dengan gadis se ayu Sarah. Taat kepada agama walau di mana berada. Tetapi apabila dia terpikir mengenai keakraban Iskandar dengan Sarah, dia yakin tentu wujud perasaan antara mereka. Lalu dia biarkan sahaja perasaan dia kepada Sarah berlalu sepi. Tidak sesekali dia menyesal. Kerana dia percaya akan jodohNya.

"Zul,aku naik dulu. Ada sedikit bubur nasi aku tinggalkan untuk kau. Tengoklah di atas meje tu. Aku hendak naik dulu yer"
"Ye la,g la nek. Aku makan sapa abih la nie op?"
"Basuh pinggang terus!"

Zul hanya ketawa mendengar arahan Iskandar. Walaupun kadang-kadang agak pelik dengan sikap Iskandar yang suka berdiam diri,namun hatinya amat bersyukur. Dapat bersahabat dengan Iskandar,tinggal serumah denganya. Kerana dia merasa Iskandar mampu menghalang dia dari terjebak dengan pelbagai perkara yang tidak elok di luar sana.

Iskandar membuka langkah ke atas . Menuju kebiliknya. Kewajiban dia kepada Allah harus di tunaikan. Dengan khusyuk dia menunaikannya.

"Ya Allah,engkau kasihilah kedua-dua ibu bapa aku sebagaimana mereka mengasihani aku. Amiiin"

Iskandar meraup mukanya. Terasa ada airjernih keluar dari kelopak matanya. Dia bangkit dari sejadah dan menuju ke meja belajarnya. Sekeping potret di tatapnya. Dua insan di dalam potret itu telah tiada. Pergi buat selama-lamanya.

"Is! ingat. Solat jangan lupa. Itu kewajipan kita kepadaNya. Kita adalah hambaNya. Walau apa jua berlaku,solat itu wajib. Walau abah tidak nampak Is tidak solat. Tetapi Allah nampak tau!" pesanan abahnya terngiang-ngiang di memori hatinya.

Pernah dia di rotan oleh abahnya kerana ponteng solat. Dulu dia memberontak akan hukuman yang dikenakan oleh abahnya. Tetapi sekarang dia mengerti. Amat mengerti.

"Abah,walau abah tinggalkan Is. tetapi pesanan Abah sentiasa bersama Is,Is janji Abah!Mama!" Iskandar meletak kembali potret itu di sudut mejanya. Dia tidak mahu mengimbau memori terlalu banyak.

Telefon iskandar berbunyi.

-Is, da sihat?-

-Sudah! berkat bubur nasi tadi!-

-Alhamdulillah,Dia yang menyembuhkan. Bubur nasi tu hanya pengantara. Sarah letak 10kilo panadol dalam tu.hahaha-

-Matila Is kalau macam itu. Hahaha-

-Ish jangan cakap macam itu. Petang ini kita keluar ambik angin di taman nak?-

-Mesti la nak!-

SMS dari Sarah mati disitu. Hati Iskandar bertambah riang. Dia tidak pasti apa perasaan yang hadir di dalam hatinya. Sarah selalu membuatkan dia gembira. Sarah teman hidupnya. Dari kecil hingga sekarang. Kadang-kadang terbit satu perasaan sayang . Tapi dia hanya bersahabat. Adakah itu cinta?

Thursday 28 March 2013

Nota Iskandar #4


Kepala iskandar pening sekali. Denyut-denyut di kepala nya makin teruk usai subuh tadi. Perlahan dia bangkit dari lenanya. Dia mengambil sebiji panadol di dalam laci mejanya. Lalu di telan bersama segelas air suam. Lega sedikit,desas hatinya.

Iskandar mengambil telefonnya lalu menghantar sekeping pesanan ringkas kepada sahabatnya

-     Sarah,aku demam ^_^   -

Tidak sampai 30 saat, telefon iskandar berbunyi.

-    Padan muka! Semalam main hujan lagi  -

Iskandar tersengih seorang diri. Semalam dia terlalu melayan perasaan. Rindu di dalam hatinya teramat pedih. Dia tidak sedar berjam lamanya dia berada di dalam hujun. Nasib baik Sarah memujuknya pulang.

Iskandar bangun lalu menuju ke ruang bawah  rumahnya. Rakan serumahnya telah pergi ke kuliah. Suasana rumah agak sepi. Di luar sana angin bertiup perlahan.  Daun-daun kering berguguran jatuh mencecah tanah. 
Suasana itu menarik iskandar untuk menghirup udara segar di luar.

Iskandar keluar dari rumahnya. Udara pagi yang segar sedikit menyegarkan badan nya. Kebah sedikit demam nya. Sedang iskandar menikmati udara pagi di luar, sebuah kereta berwarna merah berhenti betul-betul di hadapan pagar rumahnya. Mengangu sedikit kenteteraman diri nya di pagi ini.

Siapa pula yang datang? Soal hati Iskandar. Tetapi persoalan itu berlalu bersama angin pagi tanpa sebarang jawapan.

Seorang wanita keluar dari kereta itu. Dari segi pemakaian, Iskandar mengagak wanita itu adalah seorang yang berada dan sentiasa mengikuti fesyen terkini. Dari segi raut wajah, dia yakin, wanita itu adalah sebangsa denganya.Lahir di negara yang sama.Wanita itu melambai-lambai ke arah Iskandar dan memangil namanya.

Hati iskandar masih terpaut dengan sejuta persoalan. Namun dia mengagahkan dirinya menghampiri pagar rumahnya.

“Assalamualaikum,awak Iskandar kan?” wanita yang memakai seluar jeans dan berkasut converse itu memulakan bicara.

“Waalaikumusalam, ya saya Iskandar. Awak siapa?”

“Oh,saya teman Sarah. My name Alesya. “

“ooooo” jawab Iskandar hanya berbasi. Di dalam pemikiranya hanya terdetik satu pertanyaan. Kenapa Alesya datang.

Alesya sedikit terpegun melihat raut wajah Iskandar. Berkumis nipis dan berkulit cerah. Mata Iskandar yang berwarna hijau menarik perhatian Alesya. Dari pandangan pertama, hatinya berkata. “Alesya!Kau sudah jatuh cinta”

Iskandar hairan melihat tingkah laku Alesya. Kaku. Iskandar memainkan jarinya di hadapan mata Alesya.

“Hellooo!! Tidur ke??” jerkah Iskandar.

Alesya terkejut. Muka dia merah menahan malu. Mengapa dia menjadi begitu tatkala melihat Iskandar.  Alesya mengukir senyuman. Malu nya masih ada.

“ Sarah ada kirim bubur nasi kepada awak. Dia tidak dapat datang sebab ada kuliah.” Alesya menyusun sebaik mungkin ayat untuk menutup malu yang menerpa dirinya

“Owh ye ke? Ucap berbanyak terima kasih kepada dia ya. Susah-susah je. Terima kasih juga,Alesya sebab menghantar bubur ini” iskandar menutur kata-kata untuk menghargai Alesya yang sudi datang.

“ Awak dengan Sarah ada apa-apa ke? Sampai Sarah sangup masak bubur nasi untuk awak?” Soal Alesya berterus terang. Perasaan hatinya kepada Iskandar membuatkan mulutnya lancar bertanyakan soalan itu.

“ Sahabat dari kecil sampai la akhir hayat. Sahabat tika suka dan duka”

Alesya lega mendengar jawapan dari Iskandar. Ada peluang!! Jerit batin Alesya. Usai meminta diri, Alesya bergerak ke keretanya dan memandu pulang dengan hati yang gembira.

Iskandar hanya menghantar Alesya pulang dengan gerak matanya. Hatinya sudah terlekat pada bubur nasi pemberian Sarah. 

"Kuat betul aura Sarah. sampaikan bubur nasi pun kau terpaut" bisik hati nakal Iskandar. Dia tertawa sendirian. Lupa seketika kisah hidupnya.

Iskandar mengambil telefon nya yang di letak di atas meja bulat di kawasan halamanya rumahnya.

- terima kasih banyak-banyak sahabat ku. tetapi bubur nasi nie tawar la.hehehe -

Sarah tersenyum menerima SMS dari Iskandar. Tidak terusik langsung dengan komen Iskandar. Kenal sangat dia dengan insan bernama Iskandar.

Pagi tadi,selepas dia menerima SMS dari Iskandar, dia cepat-cepat menyediakan bubur nasi untuk Iskandar. Dari kecil lagi, Iskandar memang macam itu. Kalau demam, dia mesti mencari bubur nasi yang dibuat oleh Sarah. Tetapi dia tidak sempat menghantarnya sendiri kerana kuliahnya bermula awal pagi. Mujurlah ada Alesya yang sudi menghantarnya.

Dia membalas SMS itu dengan sembunyi-sembunyi. Pensyarahnya amat marah kalau ada pelajarnya mengunakan telefon ketika sesi kuliah.

- sama-sama. makan sampai habis! biar sembuh cepat. Bodyguard tak boleh sakit!-

Friday 22 March 2013

Nota Iskandar #3

"Besar nanti,Is nak jadi seorang jurutera!! Is hendak bina jambatan dari semanjung terus pergi ke sarawak!!" pekik Iskandar. Kuat dan bersemangat.

Iskandar membina replika jambatan gantung di taman di hadapan rumahnya. Ringkas sahaja, tetapi penuh dengan daya imaginasi seorang kanak-kanak yang berumur 9 tahun.

Tengku Hasyim dan Tengku Sofea hanya memandang telatah anak tunggalnya itu. Terasa tenang jiwa mereka melihat telatah anaknya. Rasa syukur terhadap anugerah yang di kurniakan kepada mereka. Anugerah yang menjadi pelengkap kehidupan rumah tangga mereka. Menjadi penyeri segala jerit perih.

"Kalau hendak bina jambatan macam itu, Is kenalah belajar rajin-rajin. Kenalah dapatkan tempat pertama dalam setiap peperiksaan."

"Dan satu lagi,kena selalu dekat denganNya. dengan Allah. Dia lah yang memberikan kita akal untuk berfikir. Ilmu untuk kita tuntut. Allah itu kan Maha.."

"Bijaksana!!!!" Iskandar pantas memotong kata-kata ayahnya.

"Pandai anak mama, Is.. mari makan. Mama ada masak makanan kegemaran Is. Pengat Pisang. Is suka kan?" Tengku Sofea meletakan dua biji mangkuk berisi kan pengat pisang. Satu untuk Iskandar dan satu lagi untuk suaminya.

"Is nak mama suapkan.." suara Iskandar meleret manja. Muka comel dibuat untuk mamanya..
"Alolololo.. comel nye anak mama. Mari sini mama suapkan..Buka mulut.." Tengku Sofea hanya melayan karenah anak nya.

Iskandar memang manja. Tetapi manjanya selalu di jaga dan di didik. Andai dia membuat kesalahan. Hukuman tetap di berikan. Suaminya tidak mahu jika di manjakan, suatu hari nanti, mereka yang akan menangung akibat.

"Aaaaaa.." Iskandar membuka mulutnya..
"Auuuummmmm"
"Sedap tak"
Iskandar menganguk laju. Iskandar suka masakan mamanya. Tengku Sofea pula pandai memasak. Walaupun mereka mampu untuk mengupah orang gaji. Tetapi Tengku Sofea menolaknya. Biarlah segala makan minum anak dan suaminya, dia yang lakukan. Biar air tangan dia yang membesarkan keluarganya. Itulah kasih nya sebagai seorang isteri dan ibu.

"Mama.. Abah.."
Tengku Hasyim dan Tengku Sofea serentak merenung anak mata Iskandar.
"Saaaaaaaaaaaayaaang Mama dengan Abah" lalu kedua pipi Tengku Hasyim dan Tengku Sofea di cium oleh Iskandar.
"Mama dengan Abah pun sayang Iskandar. Nanti jadi anak yang baik tau!!" Ucap Tengku Hasyim. Tengku Sofea pantas memeluk anak kesayangan nya.

"Awaaakkkk" terdengar satu suara dari pintu pagar. terjerit-jerit suara itu.

Iskandar pantas menoleh. Suara itu amat biasa di dengar.

"Eh.. Awaaakkk.." Iskandar laju berlari ke pagar. Lalu membukanya.

"Cantik kan anak Hassan tu bang, saya bercadang bila mereka berdua sudah besar. Kita jodohkan mereka. Boleh tak bang?" Tengku Sofea berbual mesra dengan suaminya.

"Eh awak ni,budak tu baru umur 6 tahun. Is pula baru 9 tahun. Awal lagi. Tapi bagus juga kalau di jodohkan. hehe" seloroh Tengku Hasyim.

"Abah..Mama.. Is nak main dengan dia dulu boleh tak? dia baik tau, dia pun pandai buat jambatan"
"Is main lah dengan dia. Jangan nakal sangat. Dia perempuan. Jangan kasar sangat." Balas Tengku Hasyim.

"Awak! Jom" Iskandar memegang tangan dia.

"Is.... Is..."
"Is..." panggil Sarah lagi.
"Is...kenapa duduk tengah hujan. Nanti demam. Esok kan ada kuliah" bimbang Sarah melihatnya keadaan Iskandar.

Is tersentak dari lamunan nya. Kenangan silam mengamit memorinya lagi. Kenangan itu amat indah. Tetapi terlalu pahit untuk di kenang.

Sarah membuka payung untuk melindungi mereka dari hujan. Sarah duduk di sebelah Iskandar. Taman permainan itu lenggang. Tiada seorang pun berada di situ. Hujan!

"Is..kenapa ini? kenapa suka duduk di tengah hujan . Nanti kene sambar dek petir. Hilang bodyguard Sarah..hehehe" Sarah cuba menceriakan suasana.

"Is suka duduk ketika hujan. Kerana jika Is menangis. Tiada seorang pun akan tahu..." perlahan suara Iskandar. Sebak menyelubungi jiwa nya. Hujan mencurah-curah seakan mengerti akan hati nya. Sedih!

"Is... Jom balik. Nanti Is demam. Sarah risau akan Is. Jom.." Lembut Sarah mengajak Iskandar. Sarah tidak mahu memanjangkan dialog antara mereka. Sarah memahami.

Iskandar perlahan-lahan bangun. Mereka berjalan beringin menuju ke bangunan berhampiran. Suasana sejuk menyeliputi pekan kecil itu. Sesekali Sarah mengerling ke arah Iskandar. Mata Iskandar nampak berkaca. Sayu hati Sarah melihatnya.

Hatiku menjerit..
Tetapi mulutku membisu..
Badanku bernyawa..
Tetapi diriku..
Umpama mati di lorong kelam..
Mama..Abah.. Is rindu mama dengan abah....

"Setiap yang pergi tak akan kembali Is, Cuma kita yang masih hidup. Banyakan doa untuk mereka. Teruskan kehidupan kita. Cekalkan hati. Sarah ada dengan Is sampai bila-bila.." Sarah mengucapkan perlahan kata-kata itu. Seakan-akan mengerti bisik hati Iskandar.

"Sampai bila-bila" Iskandar meleret senyuman manis sambil mengulang semula ayat Sarah. Menjadi satu soalan yang di tujukan untuk insan sebelahnya.

"Ya,Is.. Sampai bila-bila," bisik hati Sarah.  

Wednesday 20 March 2013

Nota Iskandar #2

Dari kejauhan dia merenung pemandangan indah di hadapanya. sungguh indah lukisan yang dilukis oleh sang Pencipta. Mentari di ufuk barat perlahan-lahan terbenam , meninggalkan pantulan yang mengasyikan jiwa yang sepi itu.

Iskandar menyeka perlahan air mata nya. tangan di tongkat ke dagunya.

"Ini lah takdirku. keseorangan melayari bahtera kehidupan. tiada pelabuhan yang aku akan singgah" keluh hati Iskandar.

"kehidupan ibarat satu lorong. lorong itu akan sepi jika kita menyepikan nya. lorong itu akan meriah jika kita meriahkan nya." kata-kata seorang ustaz yang selalu memberi tazkirah ringkas di surau berdekatan rumahnya tergiang-giang.

"Kehidupan kita boleh meriah kan. Kerana kita boleh mencorakan nya. Tetapi andai jiwa, jiwa itu sepi,duka,tidak tenteram. Hanya satu jalan nya. Iaitu kembali kepada fitrah. kembali kepadaNya"

Iskandar mengeluh panjang. Senja beransur-ansur menutup tirainya. Gelap mula mengambil alih langit bumi.

"Is..." bahu Iskandar di sentuh dari belakang.

Suara itu.. Iskandar laju menoleh kebelakang.

"Happy Birthday!!!!!!" dengan kuat sekali Sarah mengucapkannya.

Beberapa orang berbangsa eropah di hujung sana melihat mereka.

Iskandar sedikit terkejut. Kehadiran Sarah membuatkan hati dia berbunga. Sarah masih tersengih-sengih memberikan satu senyuman manis kepada Iskandar. Sebiji kek choclate di hulurkan kepada Iskandar. Tertulis nama Iskandar di atasnya.

"Sarah!! terima kasih!! Is sendiri lupa hari ini hari jadi Is" memang benar. dia langsung tidak ingat akan hari jadinya.

"Sarah seorang je yang ingat hari jadi Is,terima kasih Sarah" sebak mula mengundang jiwa Iskandar. Hanya Sarah sahaja yang selalu menemani dirinya ketika hari jadinya. Sejak kecil hinggalah sekarang. Sarah lah yang hadir ketika dirinya keseorang melayan jiwa nya yang sunyu.

"Is kan sahabat baik Sarah. Lagi satu..Is kann bodyguard Sarah kat sini!hehe" Sarah cuba menceriakan suasana.

"Jom potong kek!!" Iskandar juga mahu melemparkan jauh-jauh perasaan nya.

"Is!!!!! eeeeiii jahat!!" Sarah menjerit apabila Iskandar menyapu sedikit krim kek ke hidungnya.Iskandar menyapu dengan pisau pemotong kek. Namun Sarah tidak memarahinya. Biarlah, hati dia terlalu pedih. Biarlah dia gembira. Sarah membalas balik dengan menyapu lebih banyak krim kepada Iskandar.

Akhirnya ketawa meletus. Masing-masing tergelak melihat diri masing-masing.

"Dah2..Jom potong. Is lapar.."renggek manja Iskandar.

Sarah melayan sahaja permintaan Iskandar. Bagi Sarah, Iskandar sahabat baik nya. Walaupun mesra,tetapi Iskandar tidak pernah melampaui batas. Tidak pernah menyentuhnya. Iskandar terlalu menjaganya.

Tadi pun di sapu guna pisau..eeeii!!bahayanya. tapi selamaat!,bisik hati nakal Sarah. 

Nota Iskandar #1


“Mak.. cikgu cakap ada anak yatim piatu sekelas dengan Sarah“ renggek manja anak tunggal sepasang suami isteri. Hassan dan Aisyah.

Puan Aisyah masih meneruskan kerjanya. Hidangan tengahari perlu disiapkan sebelum suaminya pulang.

 “Mak.. anak yatim piatu itu apa mak?”

“Anak yatim piatu ialah seseorang yang ayah dan emak dia sudah tiada di dunia ini” terang puan Aisyah.

“Owh iye ke” suara Sarah mula perlahan.

“Mesti dia sunyi kan..mesti dia sedih. Tiada emak dan ayah”Sarah meluahkan apa yang terfikir di dalam fikiran nya..Suara Sarah yang manja bertukar menjadi sedih,sebak.

“Anak yatim piatu tiada tempat untuk bermanja-manja macam yang Sarah buat sekarang nie” Puan Aisyah memicit hidung anak manja nya itu.

“Jadi.. Sarah hendaklah berbuat baik kepada anak yatim piatu.”

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pesan suaminya. Perlu sentiasa menyelitkan pelajaran dan pengajaran di dalam setiap saat berbicara dengan anaknya. Moga –moga menjadi anak yang berguna nanti. Amin..

“ Sarah nak kawan dengan dia lah!! Nak buat dia gembira. Nama dia Iskandar. Mak mesti kenal dia. Dia selalu datang rumah kita. Main pondok-pondok dengan kita” semangat Sarah menceritakan kepada mak nya.

“ Sarah kawan dengan dia baik-baik. Jaga dia. Jangan sakiti hati dia” pesan puan Aisyah. Mengharapkan jiwa Sarah mengerti pesanan nya.

“Nanti mak suruh ayah pujuk Iskandar supaya tinggal dengan kita”

“Yeaaaaay!!! Pujuk dia mak!!” teriak Sarah. gembira sungguh dia.